Ustaz Zahazan Mohamed: TIDUR ; PELUANG UNTUK MENJADIKANNYA SEBAGAI IBADAH
Tidur adalah dianggap sebagai ibadat seorang hamba kepada Penciptanya, sekiranya seseorang itu tidur mengikut sunnah Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam.
Bagi memperjelaskan kedudukan tidur dalam ISlam, eloklah jika kita dapat melihat gambaran sunnah Nabi saw dan adab-adab tidur seperti yang dikemukakan dalam kitab Syamail Muhammad saw .
Antara hadis yang menerangkan adab tidur Nabi saw adalah sebuah hadis riwayat Bukhari dan Muslim bermaksud : "Jika kamu akan tidur maka berwudhu'lah bagaikan kamu akan sembahyang, kemudian berbaring atas pinggang kanan dan bacalah do'a ini (seperti do'a yang dijelaskan selepas ini) dan jadikanlah bacaan do'a itu yang terakhir daripada bacaanmu (perkataanmu)".
Dalam sebuah hadis diterangkan: "Al-Barra' bin Azib r.a. berkata: "Adalah Rasulullah s.a.w. jika akan tidur, mengiring ke sebelah kanan kemudian Baginda membaca: Maksudnya : "Ya Allah aku serahkan diriku kepadaMu dan menghadapkan mukaku kepadaMu dan menyerahkan semua urusanku kepadaMu, dan menyandarkan belakangku kepadaMu kerana mengharap dan takut kepadaMu, tiada perlindungan dan tiada tempat selamat daripada seksaMu kecuali kembali kepadaMu. Aku beriman kepada kitab yang Engkau turunkan dan Nabi yang telah Engkau utus". (Hadis riwayat Bukhari)
Dalam riwayat yang berasingan yang turut diriwayatkan oelh Al-Bara’ bin ‘Azib ra., beliau berkata: “Sesungguhnya Nabi SAW bila berbaring di tempat tidurnya, baginda akan meletakkan telapak tangannya yang kanan di bawah pipinya yang kanan, lalu berdoa: Rabbi qinii ‘adzaabaka yawma tab’atsu ‘ibaadaka (Ya Tuhanku, peliharalah aku dari azab-Mu pada hari Kau bangkitkan seluruh hamba-Mu).” [HR. At-Tirmidzi]
Hudzaifah pula meriwayatkan: “Bila Rasulullah SAW berbaring di tempat tidurnya, maka baginda berdoa: Allahumma bismika amuutu wa ahyaa (Ya Allah, dengan Asma-Mu aku mat dan aku hidup). Dan jika bangun dari tidurnya beliau berdoa: Alhamdu lillaahilladzii ahyaanaa ba’da maa amaatanaa wa ilayhin-nusyuur (Segala puji bagi Allah, yang telah menghidupkan daku kembali setelah mematikan daku, dan kepada-Nya tempat kembali).” [HR. At-Tirmidzi]
Menurut Ummul Mukminin Aisyah ra. Beliau berkata: “Bila Rasulullah SAW berbaring di tempat tidurnya, baginda akan menghinmpunkan kedua telapak tangannya, lalu meniup keduanya dan dibaca pada keduanya surat Al-Ikhlash, Al-Falaq, dan An-Naas. Kemudian disapunya seluruh badan yang dapat disapunya dengan kedua tangannya. Baginda memulakan dari kepalanya, mukanya dan bagian depan dari badannya. Beliau lakukan hal ini sebanyak tiga kali.” (HR. At-Tirmidzi , Lihat Kitab Syamail Muhammad cet Telaga Biru, hlm 167-168 )
Walaupun kita digalakkan mendahulukan posisi tidur di atas sisi sebelah kanan (rusuk kanan) dan berbantal dengan tangan kanan, namun tidaklah menjadi masalah apabila berubah posisinya ke sebelah sisi kiri. Perkara ini berdasarkan sabda Rasulullah: “Berbaringlah di atas rusuk sebelah kananmu.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)
Arahan Nabi dalam hadis ini bukanlah merujuk kepada suatu yang wajib kerana dalam kesempatan yang lain Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam juga pernah mengubah kedudukan tidur baginda.Dalam hadis yang sahih ini, Rasulullah telah melakukan tidur secara terlentang dengan cara meletakkan satu kaki di atas yang lain sebagaimana maksud hadis :
"Daripada 'Abbad bin Tamim, daripada bapa saudaranya, bahawasanya Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam tidur terlentang di masjid sambil meletakkan satu kaki di atas yang lain." (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)
Berkaitan dengan tidur terlungkup pula terdapat sebuah hadis yang merujuk kepada tegahan Nabi saw.Hadis ini bermaksud : Tidak dibenarkan terlungkup dengan posisi perut sebagai tumpuannya samada ketika tidur malam atau pun tidur siang. “Sesungguhnya (posisi tidur terlungkup) seperti itu adalah posisi tidur yang dimurkai Allah Azza Wa Jalla.” (HR. Abu Daud dengan sanad yang shohih)
Sebagai tambahan,satu huraian lanjut yang bermanfaat untuk diketahui oleh setiap muslim terdapat beberapa lagi adab yang dituntut amalannya sebelum tidur agar tidur itu menjadi ibadah di sisi Allah.Ini disebabkan tidur adalah aktiviti harian yang tidak khusus kepada anak-anak.Menurut Ab Aziz bin Fathi as-Sayyid Nada dalam Kitab Ensiklopedia Adab Islam, antara adab-adab tidur yang menjadi amalan Nabi s.a.w dan salafussoleh ialah :
1. Mengikhlaskan niat supaya tidur itu untuk memberi kekuatan untuk beramal selepas bangkit kelak.
2. Tidak tidur di tempat terbuka yang mudah dilihat manusia.
3. Elakkan tidur sewaktu kekenyangan.
4. Tidur dalam keadaan suci.
5. Tidur dalam keadaan berwudhuk.
6. Membaca surah dan ayat yang menjadi amalan Nabi s.a.w sebelum tidur.
7. Bercelak dengan celak.Ini berdasarkan hadis yang yang bermaksud : Henaklah kamu tidur dengan bercelak kerana ia dapat mencerahkan pandangan dan melebatkan bulu mata. ( riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah dan al-Hakim )
8. Mengerjakan solat sunat seperti witir sebelum tidur.Ini adalah berpandukan kepada hadis riwayat Ahmad yang bermaksud : Orang yang tidak tidur hingga dia mengerjakan solat witir adalah orang yang bertekad kuat.
9. Mengibaskan tempat pembaringan dengan hujung kain dan mengucapkan bismilLah seperti riwayat al-Tirmizi.
10. Bersiwak atau bersugi ketika bangun pada malam hari seperti yang diriwayatkan dari Ibn Adiy.
Sebagai kesimpulannya terdapat beberapa amalan yang wajar dilakukan bagi menjadikan tidur kita sebagai sumber kerehatan dan sebab mendaat ridhaNya.Manakala posisi tidur yang digalakkan berpandukan kepada hadis adalah di atas dada bahagian kanan.Kemudian perubahan yang berlaku dalam posisi selepas itu tidaklah menjadi masalah selagi tidak berkeadaan terlangkup.
Wallahu a’lam.
Thursday, January 21, 2010
tAzKirAh RiNgKas sKit...
Posted by safuan~~~ at 10:25 AM 0 comments
Saturday, January 16, 2010
start wif new life....



so damn wif old story,..so suck if i story....nothing impossible....i can do it...i can face it...i must be strong to start new life...now i'm resolve so much...first i want stop smoking...and that in the progress n secondly did'nt want to couple wif any women...because I had let down many womenfolk..because what???because I do not want them suffering from me....so i want start wif my new life even so much more challenge n test even dat really more than i think before this...so all people had their story...like me so long if want to describe...so i hope and i can give my attention in my study..fren and family always support me in order to don't give up...what other people wanna say i can do anything...we do not can close heresy....so i must do it even my journey is slow like turtle or snail like my teacher say...i must do it even how much many difficult things come soon...so i hope i can continue my life until my end of life....
Posted by safuan~~~ at 8:00 PM 0 comments

Bila cinta didusta
Hati mula gelisah
Hilang kekasih hati
Hidup jadi merana
Insan jadi idaman
Kini dimilik orang
Cinta yang diimpikan
Putus di tengah jalan
Terpaksa mengalah
Mengapa menyinta
Andainya tak setia
Tak usahlah bercinta
Jika hanya berpura
Bila hati dah jemu
Mula berpaling tadah
Tak pernah difikirkan
Orang yang ditinggalkan
Tersiksa sayu pilu
Andainya ditakdirkan
Cintamu didustai
Pastinya kau mengerti
Siksanya perpisahan
Hanyalah ditemani sesalan
Posted by safuan~~~ at 7:56 PM 0 comments
kronologi pembayaran ptptn....
Untuk makluman semua mahasiswa/i UPSI berikut ialah kronologi Proses Pembayaran PTPTN untuk Institut Pengajian Tinggi Awam khususnya Universiti Pendidikan Sultan Idris
12/10/2009
Pihak IPTA menghantar data untuk pengesahan Ke IPT
12/28/2009
Tarikh pelajar baru mendaftar
1/8/2010
Terima data pengesahan Dari IPT
1/11/2010
Pihak PTPTN mengemaskini data
1/13/2010
Serahan data potongan yuran Ke IPTA
1/14/2010
Arahan bayaran ke bank
1/15/2010
Serahan data potongan Yuran IPTA ke bank
1/19/2010
Kredit ke Akaun pelajar
1/20/2010
Pelajar Terima Duit Dalam Akaun
1/22/2010
Laporan Bank & Penyesuaian Akaun
Semoga dengan maklumat tersebut semua mahasiswa UPSI lebih jelas dengan proses pembayaran PTPTN.
Salam Pimpinan Bitara
"Sayangi Universiti Kita"
sumber...http://suaraupsi.blogspot.com/
Posted by safuan~~~ at 3:39 AM 0 comments
Saturday, January 9, 2010
(731996-H)
Menara MAA,15th Floor, 12, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.
Tel : 1-300-888 MAA/622 @ Fax : 03-21430033 @ Email :info@maa.com.my

“Hidup ini penuh dengan kejutan. Hari ini anda mungkin berasa sihat dan berupaya, tetapi anda tidak mungkin akan mengetahui saat kemalangan akan merampas ia daripada anda. Jangan mempertaruhkan kehidupan anda dan bersedialah! Tiada apa yang lebih menenangkan daripada mengetahui anda telah bersedia dalam mengharungi keperitan hidup semasa anda belajar di IPTA ataupun IPTS.”
Apa Itu PATINA 77?
PATINA 77 adalah Pelan Takaful Kemalangan Individu (Personal Accident) direka khas daripada MAA Takaful Berhad untuk keperluan perlindungan anda. Berlandaskan hukum syariah, ia menawarkan perlindungan 24 Jam terhadap kemalangan walau dimanapun anda berada. Dengan pelbagai pelan dan pelan-sub untuk dipilih, anda boleh berasa yakin yang ianya merupakan pelan Takaful untuk semua.
Perlindungan Tambahan:
Perlindungan turut diberikan kepada kemalangan berikut:
• Ketika dalam sebarang bentuk perjalanan
• Ketika terlibat dalam sukan atau hobi (kecuali seni mempertahankan diri dan tinju)
• Kemalangan bencana alam termasuk La Nina, El Nino, banjir and gempa bumi
• Berpunca daripada gigitan ular dan gigitan binatang merbahaya
• Berpunca daripada mogok, rusuhan dan kekacauan awam
• Pembunuhan dan penyerangan (tanpa ancaman)
• Lemas
• Lemas akibat wap asap atau gas beracun
• Keracunan makanan dan minuman
• Pengaruh dadah (hanya dadah yang diberi oleh doktor berdaftar)
Apakah manfaat yang akan anda dapat???
| Manfaat | RM (Ringgit Malaysia) |
| Kematian Akibat Kemalangan* | 50,000 |
| Hilang Upaya Kekal* | 50,000 |
| Bonus Pembaharuan | 10% setahun (jumlah maksima sebanyak 50%) |
| Bayaran Balik Perubatan (MRE)** | Sehingga 5,000 |
| Elaun Hospital Harian | 50 sehari |
| Perbelanjaan Kerusi Roda dan / atau Anggota Palsu | Sehingga 3,000 |
| Perbelanjaan Penghantaran Pulang | Sehingga 4,000 |
| Perbelanjaan Pengkebumian | 7,500 |
| Manfaat Lain: | |
| A) Elaun Kemalangan | 3,000 untuk rumah 1,000 untuk kereta |
| B) Liabiliti Diri | Sehingga 25% daripada Jumlah yang Dilindungi |
| C) Jangkitan HIV Disebabkan Pemindahan Darah | 10,000 |
* Pampasan Berganda ada disediakan. Sila lihat Keterangan Manfaat.
** Sila rujuk Jadual Manfaat MRE didalam Keterangan Manfaat.
Nota: Nilai amaun didalam jadual adalah dalam Ringgit Malaysia (RM)
Berapakah nilai yang anda perlukan untuk memiliki keseluruhan manfaat ini? Adakah RM500? Atau RM300? Atau RM200.00??? TIDAK
Cuma peruntukan sedikit kewangan anda dari RM 132.00 (Setahun) sahaja untuk memiliki kesemua manfaat di atas.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi atau sms ke wakil Consultant kami:-
AHMAD KAMAL
019-266 1925 / 06 – 6851 281 (Off)
CREATIVE AGENCY
Atau hubungi :
Wakil hubungan kami di IPTA/IPTS anda di Talian di bawah:
MOHD SAFUAN BIN MUHAMAD - 0193760255
Posted by safuan~~~ at 4:39 PM 0 comments
Saturday, January 2, 2010
now third day in january 2010..but aku still lagi tak boleh buang sifat malas ku,,,tiap2 tahun berazam nak buang sifat ni....namun payah aku nak delete nye dari dalam diri ku ni....so takot la nak hadapi sem ni...em....bile malas jer....mesti aku suke tidur...huhuh...banyak men lak tu...leh ke aku nak berjaye ni ha??sampai bile aku mahu terus begini???sampai bile safuan baru ko nak berubah....Allah tak kan ubah nasib ko lau ko sendiri tak usahakan...bangkitla diri ni...pergi la dikau wahai sifat malas ku...pergi....pergi....
Posted by safuan~~~ at 8:39 AM 0 comments
Friday, January 1, 2010
salam tahun baru sume.....hari ini satu januari 2010....sudah lebih 20 tahun aku hidup di muka bumi Allah ini....namun banyak telah aku lakukan dalam hidup ini sama ada salah atau betul itu terpulang kepada orang yang mahu menilainya......aku harap kisah2 silam tidak lagi bersama ku lagi.....ku harap 2010 tahun yang lebih baik dari sebelumnya.......
kawan2..........................
aku tak pernah melupakan korang....tanpa korang sape la aku kan.....aku mendoakan korang berjaya dalam apa yang korang impikan...semoge cita2 kita menjadi kenyataan....amin...............
Posted by safuan~~~ at 1:26 AM 0 comments


