THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, January 25, 2010

oh perpaduan..

Merdeka 3x…apakah makna disebalik perkataan ini…adakah perkataan ini mampu menjamin masa depan bangsa kita….oh merdeka…
Tika diri menyusuri arus kehidupan…
Terasa perpaduan semakin kian rapuh dihanyut arus zaman…
Oh perpaduan…Masing-masing tidak lagi sehaluan…
Apakah mesti kita bersengketa dan berpecah belah…
Adakah bumi ini tempat untuk kita bersengketa…

Oh…negaraku….Mengapa ini yang harus berlaku….
Sedangkan kedamaian yang kita impikan…
Namun…
Seakan-akan kedamaian yang kita usahakan itu makin suram…
Mengapa….?
Mengapa ia temui jalan yang buntu…?
Mengapa kita mesti jatuhkan integriti dalam perpaduan….?
Mengapa….?2x
Adakah perpaduan itu suatu jual beli….
Apakah ia hanya untuk kepentingan sendiri….
Atau..ia hanya suatu permainan…

Oh..negaraku….Pentas dunia ini punyai pelbagai ragam….
Bilakah lagi tiba masanya untuk kita membangun…bilakah kita dapat lagi bersatu seperti awan…
Awan yang pabila bersatu dapat menjana satu kekuatan yang tak bisa ditandingi….
Mahukah kita dijajah lagi oleh orang asing….
Sedangkan fikiran kita belum lagi merdeka…
Oh…perpaduan….Sepatutnya kedamaian yang kita perlu kejari…

Ombak bertiupan kencang bak lautan yang bergelora….
Tetapi lihatlah jauh di hujung sana…
Ketika fajar itu gemilang….
Ketika riak tawa anak manusia terbangun setelah tidur yang panjang…
Ketika cahaya suria turun menaungi kami….
Betapa dalam kesan perjalanan ini ….
Ketika kita bersama berdiri,pabila jatuh mampu bangkit kembali …
Kita tahu kita kuat….Kita tahu kita satu hati…. Kita satu negara yang berkongsi segalanya…
Kita satu Malaysia…

Ayuh….Bangkitlah dari lamunan lenamu…
Bangkitlah………….
Bangunlah wahai segenap umat….
Moga negara kita aman damai….selamanya… Nukilan : Mohd Safuan Bin Muhamad
sajak ini aku buat tanpa tengok mana2 contoh...saksi ramai..huhu..dak2 umah ak tau la...tanpa diplagiat...maka hak cipta sajak ini terpelihara..siapa2 yg mencopy tanpa sebarang persetujuan akan dapat ditrace di pihak atasan. maka berwaspada lah...

0 comments: