THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, January 27, 2010

fuh,,,,

ADA SEORANG LELAKI PERGI KE KEDAI GUNTING RAMBUT UTK MENGGUNTING RAMBUT DAN JANGGUTNYA. APABILA BARBER ITU MEMULAKAN TUGASNYA, MEREKA PUN BERBORAK DAN BERCAKAP MENGENAI BYK PERKARA. TAPI APABILA MEREKA MULA BERBICARA MENGENAI ALLAH, BARBER ITU PUN BERKATA, "SAYA TAK PERCAYA ALLAH ITU WUJUD. "KENAPA KAMU KATA BEGITU?" TANYA SI LELAKI TADI.

>>>>>>>>>>>>>>> "CUBA KAMU KELUAR DI TGH JLN ITU DAN TUNJUKKAN PD SAYA BAHAWA ALLAH ITU WUJUD. KALAU BETUL ALLAH WUJUD, KENAPA RAMAI SGT ORG SAKIT KAT LUAR TU? KENAPA MASIH ADA KANAK2 YG TERBIAR? KALAU BETUL ALLAH WUJUD, DAH TENTU TIADA KESAKITAN DAN KEPERITAN HIDUP DLM DUNIA NI. SAYA X DPT BAYANGKAN ALLAH YG MAHA PENYAYANG BOLEH MEMBENARKAN SEMUA INI BERLAKU".

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> SI LELAKI ITU PUN BERFIKIR SEJENAK. TAPI DIA TIDAK MEMBERI SEBARANG JAWAPAN KERANA TIDAK MAHU MEMULAKAN PERTENGKARAN. SELEPAS BARBER ITU MENGHABISKAN TUGASNYA, SI LELAKI TADI PUN PERGI. SELEPAS BEBERAPA LANGKAH, SI LELAKI TADI TERNAMPAK SEORG LELAKI BERAMBUT PANJANG, SELEKEH, KOTOR DAN JANGGUT TIDAK TERURUS. SI LELAKI TADI PUN BERPATAH BALIK DAN PERGI SEMULA KE KEDAI GUNTING RAMBUT TADI DAN BERKATA, "KAMU TAHU TAK YG SEBENARNYE BARBER JGK TIDAK WUJUD?". "KENAPA KAMU KATA MCM TU? SEDANGKAN SAYA BARU SAJA GUNTING RAMBUT KAMU TADI". KATA BARBER. "TIDAK!" KATA SI LELAKI TADI. "KALAU BARBER WUJUD, DAH TENTU TIDAK ADA ORG YG BERAMBUT PANJANG TIDAK TERURUS DAN KOTOR SERTA JANGGUT YG PANJANG DAN KOTOR MCM LELAKI DI TEPI JALAN ITU". "AH! BARBER MMG WUJUD! LELAKI TU JADI MCM TU SBB DIA TIDAK DTG PADA SAYA UTK MENGGUNTING RAMBUTNYA!". KATA BARBER. "TEPAT SEKALI!". KATA SI LELAKI TADI. "THAT'S THE POINT!. ALLAH JGK WUJUD. ITULAH YG TERJADI (KEPERITAN & PENDERITAAN) JIKA MANUSIA TIDAK MENGINGATINYA DAN KEMBALI PADANYA UTK MEMOHON PERTOLONGAN-NYA."

renung2 kan

kalau anda pikir anda masih islam
bacalah...kalau
tidak.

.....Allah saja yang tahu...
Message: Tolonglah ambil masa 2 minit untuk
membaca
ini....
kalau lebih dua
minit
tu bukan membaca la tu..tapi mengeja.. ;-)


Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi
Maha
Pengasih...


Bayangkan benda ini berlaku pada anda..... Suatu
hari pada masa
Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih
kurang
1,000 jemaah...
tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi
seluruh tubuhnyer dgn
pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji
mata and
membawa mesin
gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik "
"Sesiapa yang sanggup
MATI
kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"
Selepas
mendengar amaran
lelaki
itu maka segeralah bertempiaran lari para
jemaah
itu
utk
menyelamatkan
diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya
tinggal lebih
kurang
20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat
masing-masing termasuk
Pak
Iman tu... Lelaki yang bertempik tadi segera
membuka
tutup mukanya
lalu
melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok
Pak
Iman, saya dah
halau
SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak
Iman
mulakan sembahyang
Jumaat".... Lalu kedua lelaki tersebut berpaling
dan
meninggalkan
jemaah.... Macammana.. adakah anda rasa lawak
dgn
cerita di atas.
selain
terhibur anda fikirlahlah...


" Lawak kan , dari 1,000 org yg mengaku dia
Islam hanya
20 yg
betul-betul
beriman... "


" Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah
lupakan
ALLAH bila
menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya
membawa
mesin-gun.. dia tak
kata
pun
nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah..
baru
kena ugut
terus
lari
lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang
jumaat
lagi..."


"Lawak, ada juga yang agamanya cuma
seminggu sahaja..
tu pun bila time
sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org
kampung.. ada
tu lagi dashyat
setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..."


"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip
dan apa
yang di tulis
oleh surat khabar daripada apa yang tercatit
dalam
al Quran"


"Lawak kan , berapa ramai yg percaya dunia
hanya
sementara, akhirat
adalah
tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba
mengejar dunia"


"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend
atau
girlfriend
berjam-jam
tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai.. tak cukup
masa..


Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak
thread atau email
yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua
tempat
tapi merasa berat
nak berkongsi dan nak hantar artikel2
yang
berunsur
agama


Lawak kan ??? Kenapa gelak tu kan realiti.. tapi
yg
paling lawak
sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni
akan
sampaikan kat
orang
lain...

Tuesday, January 26, 2010

Az-Zuhri rahimahullah berkata kepada Yunus bin Yazid:

Janganlah engkau merasa sombong terhadap ilmu kerana ilmu adalah lembah-lembah. Yang manapun engkau tempuh dia akan mengalahkanmu sebelum engkau mencapainya. Akan tetapi ambillah ilmu itu bersamaan dengan perjalanan siang dan malam. Dan janganlah engkau mengambil ilmu sekaligus kerana barangsiapa yang mengambil ilmu sekaligus akan hilang pula sekaligus. Akan tetapi ambillah ilmu sedikit demi sedikit bersamaan dgn perjalanan siang dan malam.

Monday, January 25, 2010

oh perpaduan..

Merdeka 3x…apakah makna disebalik perkataan ini…adakah perkataan ini mampu menjamin masa depan bangsa kita….oh merdeka…
Tika diri menyusuri arus kehidupan…
Terasa perpaduan semakin kian rapuh dihanyut arus zaman…
Oh perpaduan…Masing-masing tidak lagi sehaluan…
Apakah mesti kita bersengketa dan berpecah belah…
Adakah bumi ini tempat untuk kita bersengketa…

Oh…negaraku….Mengapa ini yang harus berlaku….
Sedangkan kedamaian yang kita impikan…
Namun…
Seakan-akan kedamaian yang kita usahakan itu makin suram…
Mengapa….?
Mengapa ia temui jalan yang buntu…?
Mengapa kita mesti jatuhkan integriti dalam perpaduan….?
Mengapa….?2x
Adakah perpaduan itu suatu jual beli….
Apakah ia hanya untuk kepentingan sendiri….
Atau..ia hanya suatu permainan…

Oh..negaraku….Pentas dunia ini punyai pelbagai ragam….
Bilakah lagi tiba masanya untuk kita membangun…bilakah kita dapat lagi bersatu seperti awan…
Awan yang pabila bersatu dapat menjana satu kekuatan yang tak bisa ditandingi….
Mahukah kita dijajah lagi oleh orang asing….
Sedangkan fikiran kita belum lagi merdeka…
Oh…perpaduan….Sepatutnya kedamaian yang kita perlu kejari…

Ombak bertiupan kencang bak lautan yang bergelora….
Tetapi lihatlah jauh di hujung sana…
Ketika fajar itu gemilang….
Ketika riak tawa anak manusia terbangun setelah tidur yang panjang…
Ketika cahaya suria turun menaungi kami….
Betapa dalam kesan perjalanan ini ….
Ketika kita bersama berdiri,pabila jatuh mampu bangkit kembali …
Kita tahu kita kuat….Kita tahu kita satu hati…. Kita satu negara yang berkongsi segalanya…
Kita satu Malaysia…

Ayuh….Bangkitlah dari lamunan lenamu…
Bangkitlah………….
Bangunlah wahai segenap umat….
Moga negara kita aman damai….selamanya… Nukilan : Mohd Safuan Bin Muhamad
sajak ini aku buat tanpa tengok mana2 contoh...saksi ramai..huhu..dak2 umah ak tau la...tanpa diplagiat...maka hak cipta sajak ini terpelihara..siapa2 yg mencopy tanpa sebarang persetujuan akan dapat ditrace di pihak atasan. maka berwaspada lah...

Terimaan wang pinjaman PTPTN bagi pelajar tahun 2008 dan 2009

Salam sejahtera.

Adalah dimaklumkan, pihak bendahari telah menerima data pelajar Ijazah Sarjana Muda tahun 2008 dan 2009 dari PTPTN untuk tindakan potongan yuran pengajian.

Dengan ini, pelajar akan mula menerima wang pinjaman pada 27 Januari 2010 (Rabu) sepertimana yang dinyatakan dalam email dari pihak PTPTN.



Sekian, harap maklum.
sumber portal upsi....

Thursday, January 21, 2010

tAzKirAh RiNgKas sKit...

Ustaz Zahazan Mohamed: TIDUR ; PELUANG UNTUK MENJADIKANNYA SEBAGAI IBADAH


Tidur adalah dianggap sebagai ibadat seorang hamba kepada Penciptanya, sekiranya seseorang itu tidur mengikut sunnah Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam.
Bagi memperjelaskan kedudukan tidur dalam ISlam, eloklah jika kita dapat melihat gambaran sunnah Nabi saw dan adab-adab tidur seperti yang dikemukakan dalam kitab Syamail Muhammad saw .
Antara hadis yang menerangkan adab tidur Nabi saw adalah sebuah hadis riwayat Bukhari dan Muslim bermaksud : "Jika kamu akan tidur maka berwudhu'lah bagaikan kamu akan sembahyang, kemudian berbaring atas pinggang kanan dan bacalah do'a ini (seperti do'a yang dijelaskan selepas ini) dan jadikanlah bacaan do'a itu yang terakhir daripada bacaanmu (perkataanmu)".
Dalam sebuah hadis diterangkan: "Al-Barra' bin Azib r.a. berkata: "Adalah Rasulullah s.a.w. jika akan tidur, mengiring ke sebelah kanan kemudian Baginda membaca: Maksudnya : "Ya Allah aku serahkan diriku kepadaMu dan menghadapkan mukaku kepadaMu dan menyerahkan semua urusanku kepadaMu, dan menyandarkan belakangku kepadaMu kerana mengharap dan takut kepadaMu, tiada perlindungan dan tiada tempat selamat daripada seksaMu kecuali kembali kepadaMu. Aku beriman kepada kitab yang Engkau turunkan dan Nabi yang telah Engkau utus". (Hadis riwayat Bukhari)
Dalam riwayat yang berasingan yang turut diriwayatkan oelh Al-Bara’ bin ‘Azib ra., beliau berkata: “Sesungguhnya Nabi SAW bila berbaring di tempat tidurnya, baginda akan meletakkan telapak tangannya yang kanan di bawah pipinya yang kanan, lalu berdoa: Rabbi qinii ‘adzaabaka yawma tab’atsu ‘ibaadaka (Ya Tuhanku, peliharalah aku dari azab-Mu pada hari Kau bangkitkan seluruh hamba-Mu).” [HR. At-Tirmidzi]
Hudzaifah pula meriwayatkan: “Bila Rasulullah SAW berbaring di tempat tidurnya, maka baginda berdoa: Allahumma bismika amuutu wa ahyaa (Ya Allah, dengan Asma-Mu aku mat dan aku hidup). Dan jika bangun dari tidurnya beliau berdoa: Alhamdu lillaahilladzii ahyaanaa ba’da maa amaatanaa wa ilayhin-nusyuur (Segala puji bagi Allah, yang telah menghidupkan daku kembali setelah mematikan daku, dan kepada-Nya tempat kembali).” [HR. At-Tirmidzi]
Menurut Ummul Mukminin Aisyah ra. Beliau berkata: “Bila Rasulullah SAW berbaring di tempat tidurnya, baginda akan menghinmpunkan kedua telapak tangannya, lalu meniup keduanya dan dibaca pada keduanya surat Al-Ikhlash, Al-Falaq, dan An-Naas. Kemudian disapunya seluruh badan yang dapat disapunya dengan kedua tangannya. Baginda memulakan dari kepalanya, mukanya dan bagian depan dari badannya. Beliau lakukan hal ini sebanyak tiga kali.” (HR. At-Tirmidzi , Lihat Kitab Syamail Muhammad cet Telaga Biru, hlm 167-168 )
Walaupun kita digalakkan mendahulukan posisi tidur di atas sisi sebelah kanan (rusuk kanan) dan berbantal dengan tangan kanan, namun tidaklah menjadi masalah apabila berubah posisinya ke sebelah sisi kiri. Perkara ini berdasarkan sabda Rasulullah: “Berbaringlah di atas rusuk sebelah kananmu.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)
Arahan Nabi dalam hadis ini bukanlah merujuk kepada suatu yang wajib kerana dalam kesempatan yang lain Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam juga pernah mengubah kedudukan tidur baginda.Dalam hadis yang sahih ini, Rasulullah telah melakukan tidur secara terlentang dengan cara meletakkan satu kaki di atas yang lain sebagaimana maksud hadis :
"Daripada 'Abbad bin Tamim, daripada bapa saudaranya, bahawasanya Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam tidur terlentang di masjid sambil meletakkan satu kaki di atas yang lain." (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)
Berkaitan dengan tidur terlungkup pula terdapat sebuah hadis yang merujuk kepada tegahan Nabi saw.Hadis ini bermaksud : Tidak dibenarkan terlungkup dengan posisi perut sebagai tumpuannya samada ketika tidur malam atau pun tidur siang. “Sesungguhnya (posisi tidur terlungkup) seperti itu adalah posisi tidur yang dimurkai Allah Azza Wa Jalla.” (HR. Abu Daud dengan sanad yang shohih)
Sebagai tambahan,satu huraian lanjut yang bermanfaat untuk diketahui oleh setiap muslim terdapat beberapa lagi adab yang dituntut amalannya sebelum tidur agar tidur itu menjadi ibadah di sisi Allah.Ini disebabkan tidur adalah aktiviti harian yang tidak khusus kepada anak-anak.Menurut Ab Aziz bin Fathi as-Sayyid Nada dalam Kitab Ensiklopedia Adab Islam, antara adab-adab tidur yang menjadi amalan Nabi s.a.w dan salafussoleh ialah :
1. Mengikhlaskan niat supaya tidur itu untuk memberi kekuatan untuk beramal selepas bangkit kelak.
2. Tidak tidur di tempat terbuka yang mudah dilihat manusia.
3. Elakkan tidur sewaktu kekenyangan.
4. Tidur dalam keadaan suci.
5. Tidur dalam keadaan berwudhuk.
6. Membaca surah dan ayat yang menjadi amalan Nabi s.a.w sebelum tidur.
7. Bercelak dengan celak.Ini berdasarkan hadis yang yang bermaksud : Henaklah kamu tidur dengan bercelak kerana ia dapat mencerahkan pandangan dan melebatkan bulu mata. ( riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah dan al-Hakim )
8. Mengerjakan solat sunat seperti witir sebelum tidur.Ini adalah berpandukan kepada hadis riwayat Ahmad yang bermaksud : Orang yang tidak tidur hingga dia mengerjakan solat witir adalah orang yang bertekad kuat.
9. Mengibaskan tempat pembaringan dengan hujung kain dan mengucapkan bismilLah seperti riwayat al-Tirmizi.
10. Bersiwak atau bersugi ketika bangun pada malam hari seperti yang diriwayatkan dari Ibn Adiy.
Sebagai kesimpulannya terdapat beberapa amalan yang wajar dilakukan bagi menjadikan tidur kita sebagai sumber kerehatan dan sebab mendaat ridhaNya.Manakala posisi tidur yang digalakkan berpandukan kepada hadis adalah di atas dada bahagian kanan.Kemudian perubahan yang berlaku dalam posisi selepas itu tidaklah menjadi masalah selagi tidak berkeadaan terlangkup.
Wallahu a’lam.

Saturday, January 16, 2010

start wif new life....








so damn wif old story,..so suck if i story....nothing impossible....i can do it...i can face it...i must be strong to start new life...now i'm resolve so much...first i want stop smoking...and that in the progress n secondly did'nt want to couple wif any women...because I had let down many womenfolk..because what???because I do not want them suffering from me....so i want start wif my new life even so much more challenge n test even dat really more than i think before this...so all people had their story...like me so long if want to describe...so i hope and i can give my attention in my study..fren and family always support me in order to don't give up...what other people wanna say i can do anything...we do not can close heresy....so i must do it even my journey is slow like turtle or snail like my teacher say...i must do it even how much many difficult things come soon...so i hope i can continue my life until my end of life....